Matan Ummi Al-Barahin Edisi Jawi

Risalah ini menerangkan hukum akal yang tiga; Iaitu yang wajib, yang mustahil dan yang harus. Kemudian menerangkan sifat-sifat yang wajib, yang mustahil dan yang harus bagi hak Allah Taala, demikian juga bagi hak sekalian rasul-rasul A.S.W.S.

RM7.00

Book Details

Weight 0.09 kg
Bahasa

Jawi

About The Author

Abdul Ghani Jabal Maraqy (Penterjemah)

Imam Abu Abdullah Muhammad Bin Yusof As Sanusi Al-Hasani "Rahimahullahu Taala"

Kitab kecil ini adalah sebuah risalah mengenai “Al-Aqidah As-Sanusiah – Matan Ummu Al-Barahin”. Ia mengandungi aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, yang diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia dalam edisi rumi dan jawi daripada kitab :
عَقَائِدُ أَهْلِ السُّنَّةِ – مَتْنُ أُمِّ الْبَرَاهِيْنَ
الْمُسَمَّى بِالْعَقِيْدَةِ السَّنُوْسِيَّةِ الصُّغْرَى
لِلْإِمَامِ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ مُحَمَّدِ بْنِ يُوْسُفَ السَّنُوْسِيِّ الْحَسَنِيِّ

Risalah ini menerangkan hukum akal yang tiga; Iaitu yang wajib, yang mustahil dan yang harus. Kemudian menerangkan sifat-sifat yang wajib, yang mustahil dan yang harus bagi hak Allah Taala, demikian juga bagi hak sekalian rasul-rasul A.S.W.S.

Kemudian diterangkan dua puluh sifat yang wajib bagi Allah Taala, yang mustahil bagi Allah Taala, dan yang harus bagi Allah Taala, serta dalil-dalilnya. Kemudian diterangkan pula sifat-sifat yang wajib, yang mustahil, dan yang harus bagi rasul-rasul serta dalil-dalilnya.

Kemudian dikupaskan pula kalimah لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ dan مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللَّهِ serta hikmat rasul-rasul itu bersifat dengan sifat-sifat atau ciri-ciri kemanusiaan.
Risalah ini sesuai diajarkan kepada pelajar-pelajar di peringkat permulaan atau ibtidai, yang baru hendak mengenali Bahasa Arab dan pelajaran asas ilmu tauhid.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Matan Ummi Al-Barahin Edisi Jawi”

Your email address will not be published. Required fields are marked *