Matan Al-Ajurrumiyah Edisi Rumi

Ini adalah sebuah kitab kecil pada permulaan ilmu nahu bahasa Arab yang dihimpunkan oleh Syeikh as-Shanhaji (Abu Abdullah Muhamad Bin Muhamad bin Daud al-Shanhaji yang masyhur dengan nama Ibnu Aajurrum.

RM14.00

997 in stock

Category: Tags: ,

Book Details

Weight 0.33 kg
Bahasa

Bahasa Malaysia

About The Author

As-Syeikh As-Shinhaji

Ini adalah sebuah kitab kecil pada permulaan ilmu nahu bahasa Arab yang dihimpunkan oleh Syeikh as-Shanhaji (Abu Abdullah Muhamad Bin Muhamad bin Daud al-Shanhaji yang masyhur dengan nama Ibnu Aajurrum. Setiap bab kitab ini disusun pada keseluruhannya dimulai dengan matan, kemudian diikuti dengan terjemahan dan I’rab (dari kitab Mukhtashar I’rab al-Ajurrumiyah). Dan di akhir kitab ini disertai pula dengan contoh-contoh tambahan. 


Tujuan kitab ini adalah untuk dijadikan bahan pembelajaran bagi sekalian kaum muslimin yang baharu belajar bahasa Arab, terutama bagi pelajar-pelajar di peringkat permulaan bagi melengkapkan diri mereka, pengetahuan asas mengenai ilmu nahu bahasa Arab. 


Kitab ini mengandungi beberapa bab; Iaitu mukadimah, bab I’rab, bab mengenali tanda-tanda i’rab, bab fi’il, bab isim marfu’, bab fa’il, bab maf’ul tidak disebut fa’il, bab mubtada dan khabar, bab ‘amil yang masuk atas mubtada dan khabar, bab na’at, bab ‘athaf, bab taukid, bab badal, bab isim manshub, bab maf’ul bih, bab mashdar, bab zharaf, bab hal, bab tamyiz, bab istisna, bab la, bab munada, bab maf’ul min ajlih, bab maf’ul ma’ah, bab isim makhfudh dan contoh-contoh tambahan di lampiran.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Matan Al-Ajurrumiyah Edisi Rumi”

Your email address will not be published. Required fields are marked *