Gagasan Ustaz Muhammad ‘Uthman el-Muhammady Memartabatkan Syariat Islam

RM30.00

Category:

Kandungan buku ini merupakan hasil daripada pengubahsuaian disertasi Sarjana yang berjudul “Ketokohan, Pemikiran dan Perjuangan Ustaz Muhammad ‘Uthman El-Muhammady (1943-2013)”. Buku ini adalah satu usaha untuk melihat kehidupan peribadi dan menilai ketokohan serta pemikiran dan sumbangan Ustaz ‘Uthman El-Muhammady di dalam pelbagai bidang. Beliau telah menjalani kehidupannya sebagai seorang pencinta ilmu, yang tekun membaca, seorang guru di bilik kuliah dan halaqah pengajian kitab-kitab turath, seorang penulis yang prolifik, seorang yang beribadat dengan ghairahnya, seorang yang menyumbang kepada masyarakat dan negaranya dengan caranya yang tersendiri. Kajian itu juga menyentuh pemahaman dan sikap Ustaz terhadap aliran-aliran fahaman yang klasik dalam akidah, fiqah, hadith dan tasawuf. Serta kritikan dan penolakan Ustaz terhadap aliran pemikiran moden seperti modenisme, pascamodenisme, liberalisme, pluralisme dan anti-hadith.

Kandungan buku ini sangat bermanfaat untuk umat Islam dan bukan Islam bagi memahami teras syariat Islam yang diperjuangkan oleh Ustaz Muhammad ‘Uthman El-Muhammady, khususnya para pelajar yang gigih menimba pelbagai ilmu pengetahuan.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Gagasan Ustaz Muhammad ‘Uthman el-Muhammady Memartabatkan Syariat Islam”

Your email address will not be published. Required fields are marked *