Faridatul Faraaid Edisi Jawi

Mutiara Ilmu Aqidah, nama asalnya Faridah al-Faraid Fi Ilmi al-Aqaid. Ia sebuah kitab kecil yang sangat masyhur di kalangan pelajar-pelajar sekolah pondok, di madrasah-madrasah dan surau-surau terutamanya di kawasan selatan Thailand dan kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia.

RM9.00

999 in stock

Book Details

Weight 0.17 kg
Bahasa

Jawi

About The Author

Syeikh Ahmad al-Fathani

Mutiara Ilmu Aqidah, nama asalnya Faridah al-Faraid Fi Ilmi al-Aqaid. Ia sebuah kitab kecil yang sangat masyhur di kalangan pelajar-pelajar sekolah pondok, di madrasah-madrasah dan surau-surau terutamanya di kawasan selatan Thailand dan kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia. Kitab ini membicarakan ilmu aqidah yang asas, sesuai bagi pelajar-pelajar sekolah menengah dan orang awam.

Ramai orang berminat mempelajari kitab ini, tetapi ramai pula yang tidak sempat menghabiskannya atau habis dipelajari tetapi tidsak dapat memahami kandungannya kerana kesukaran bahasanya. Oleh kerana tiada pihak yang cuba memperbaharui bahasanya, maka saya memudahkan bahasanya agar lebih senang difahami.

Kitab ini menganduni takrif ilmu tauhid dan agama, aqidah yang wajib diketahui, sifat-sifatnya yang wajib diketahui secara terperinci, 40 bahagian sifat-sifat Allah, sifat wajib bagi sekalian rasul, tempat himpunan sifat-sifat Allah dan rasul, beriman kepada nabi dan rasul, lain-lain yang wajib diketahui bagi nabi kita, kewajipan memelihara diri daripada riddah dan tuntutan bertaubat.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Faridatul Faraaid Edisi Jawi”

Your email address will not be published. Required fields are marked *