Bidayatul Hidayah Edisi Jawi

Membicarakan ibadat harian, meninggalkan maksiat zahir dan batin serta adab pergaulan & persahabatan.

Kami sekarang ada di Shopee!

RM20.00

999 in stock

Book Details

Weight 0.39 kg
Bahasa

Jawi

About The Author

Abdul Ghani Jabal Maraqy (Penterjemah)

Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad Al-Ghazali At-Thusi

BIDAYATUL HIDAYAH

Adalah antara Karangan Asy-Syeikh al-Imam al-‘Alim, al-‘Allamah, Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali at-Thusi. Kitab ini begitu masyhur di kalangan para alim ulama terutama bagi pengamal ilmu tasawuf, demikian juga di kalangan pelajar-pelajar sekolah pondok kerana cara penyampaian yang dibawa oleh Imam Al-Ghazali sangat teratur, kemas, jelas, mudah difahami dan amat menyentuh hati sanubari pembaca dan pendengarnya dan mampu mendekatkan seseorang kepada Tuhannya, malahan menundukkan kalbu sesetengah orang rebah sujud di hadapan Tuannya Yang Maha Tinggi lagi Maha Mencipta. 

Selain daripada khutbah al-kitab, kitab ini secara kasarnya dibahagikan kepada tiga bahagian:

* Bahagian Pertama: Mengenai Ketaatan. Iaitu bahagian amal ibadat seharian.

* Bahagian Kedua: Mengenai cara-cara meninggalkan maksiat, sama ada maksiat anggota badan (maksiat zahir) atau maksiat hati (maksiat batin).

* Bahagian Ketiga: Adab pergaulan dan persahabatan, sama ada dengan Allah, atau dengan makhlukNya.

 

Kami sekarang ada di Shopee!

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Bidayatul Hidayah Edisi Jawi”

Your email address will not be published. Required fields are marked *