Asy-Syamaail Muhammadiyah Edisi Jawi

Keperibadian Nabi Muhammad S.A.W

RM30.00

Category:

Book Details

Weight 0.65 kg

About The Author

Abu Isa Muhammad bin Saurah At-Tirmizi

Kitab ini dikarang oleh Imam At-Tirmizi (Abu Isa Muhammad bin Isa bin Saurah bin Musa At-Tirmizi As-Sulami At-Tirmizi). Beliau adalah salah seorang daripada enam Ashhab As-Sunan. Keseluruhan kitab ini menyentuh keperibadian Rasulullah SAW dan hal-hal yang berkaitan dengan diri beliau. Mempelajari kitab ini membawa kita kepada mengenali diri Rasulullah SAW dengan lebih dekat lagi dan seterusnya dapat menghayati, meneladani cara hidup beliau dan seterusnya menyayangi beliau, sebagai manusia yang paling agung yang dijadikan contoh dan teladan untuk semua umat manusia.

Kitab Asy-Syamaail Al-Muhammadiyah yang saya terjemahkan ini adalah kitab Asy-Syamaail Al-Muhammadiyah yang ditahkik dan dita’alikkan oleh Abu Hafash Sayed ‘Umraan. Banyak pihak memuji kitab ini kerana kandungannya mengandungi Hadis-Hadis yang ditapis sebegitu rupa oleh Imam At-Tirmizi, yang kebetulannya beliau juga seorang yang pakar dalam ilmu “jarah dan ta’adil”.

Kandungan kitab ini menyentuh:
• Raut wajah dan rupa bentuk tubuh badan Nabi SAW dari hujung rambut ke
hujung kakinya.
• Perilaku dan tabiat seharian beliau; baik dari segi pengurusan diri,
gerak-gerinya, berpakaian dan makan minumnya siang dan malamnya.
• Amal ibadahnya yang wajib dan sunatnya.
• Hubungan dengan ahlinya, para sahabat qaribnya, orang ramai dan lain-lain.
• Kewafatannya.

Kitab ini patut dimiliki oleh setiap keluarga, para pelajar sekolah pondok dan sekolah menengah. Dengan kerap membacanya dapat mendekatkan hati kita kepada Rasulullah SAW dan menjadi benteng bagi mempertahan dan mengukuhkan akidah kita sebagai Ahli Sunnah Wal Jama’ah, serta menjadi pedoman bagi melayari bahtera hidup yang semakin kuat dilambung ombak, badai, dan gelora karenah akhir zaman.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Asy-Syamaail Muhammadiyah Edisi Jawi”

Your email address will not be published. Required fields are marked *