Al-Yawaqit Wal Jawahir Edisi Jawi

Kitab ini dikarang oleh Abu Al-Mawahib Bin Ahmad Bin Ali Al-Ansari. Beliau masyhur dengan nama As-Sya’arani, seorang yang alim, zahid, fakih, ahli Hadis, pengikut Imam As-Syaafi’i, pengamal tarekat Syazili, seorang ahli sufi, digelar Al-Quthub Ar-Rabbani. Beliau menghafaz Al-Quran ketika berusia lapan tahun. Senantiasa tekun bersembahyang lima waktu pada waktunya. Sebelum baligh, beliau pernah menghabiskan bacaan keseluruhan kitab suci Al-Quran dalam satu rakaat sembahyangnya. Beliau menghafaz berbagai matan ilmu, antaranya Matan Abu Syuja’ dalam ilmu fikah Asy-Syafi’iyah dan lain-lain. 

RM20.00

100 in stock

Book Details

Weight 0.38 kg
Bahasa

Jawi

About The Author

Syeikh Abdul Wahab As-Sya'arani

Kitab ini dikarang oleh Abu Al-Mawahib Bin Ahmad Bin Ali Al-Ansari. Beliau masyhur dengan nama As-Sya’arani, seorang yang alim, zahid, fakih, ahli Hadis, pengikut Imam As-Syaafi’i, pengamal tarekat Syazili, seorang ahli sufi, digelar Al-Quthub Ar-Rabbani. Beliau menghafaz Al-Quran ketika berusia lapan tahun. Senantiasa tekun bersembahyang lima waktu pada waktunya. Sebelum baligh, beliau pernah menghabiskan bacaan keseluruhan kitab suci Al-Quran dalam satu rakaat sembahyangnya. Beliau menghafaz berbagai matan ilmu, antaranya Matan Abu Syuja’ dalam ilmu fikah Asy-Syafi’iyah dan lain-lain. 


Beliau memberitahu jumlah guru-gurunya sekitar lima puluh orang dan beliau mengarang lebih daripada tiga ratus buah buku dalam berbagai tajuk. Antara buku-buku itu ialah kitab ini: Al-Yawaqit wal-Jawahir. Buku ini dibahagikan kepada dua belas bab, seperti berikut:
BAB 1. Seksaan Bagi Orang Yang Meninggalkan Sembahyang.
BAB 2. Seksaan Bagi Orang Yang Menderhakai Ibubapanya.
BAB 3. Seksaan Bagi Orang Yang Meminum Arak Dan Tuak.
BAB 4 .Seksaan Bagi Orang Yang Berzina.
BAB 5. Seksaan Bagi Orang Yang Meliwat.
BAB 6. Seksaan Bagi Orang Yang Memakan Riba.
BAB 7. Seksaan Bagi Yang Meratapi Dan Pahala Bagi Yang Bersabar Atas Bala.
BAB 8. Seksaan Bagi Orang Yang Menegah Zakat.
BAB 9. Seksaan Pembunuh Dan Pemutus Keluarga.
BAB 10. Hak Perempuan Atas Suaminya.
BAB 11. Huru Hara Pada Hari Kiamat.
BAB 12. Sifat Syurga Dan Ahli-Ahlinya.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Al-Yawaqit Wal Jawahir Edisi Jawi”

Your email address will not be published. Required fields are marked *