ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِينَ، وَٱلصَّلَاةُ وَٱلسَّلَامُ عَلَى رَسُولِهِ الْمَبْعُوثِ لِلْعَالَمِينَ وَعَلَى آلِهِ وَ أَصْحَابِهِ وَمَن تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَومِ ٱلدِّينِ.
Dewasa ini ramai orang yang tidak mendalami ilmu hadith berlagak sebagai mujtahid. Mereka belum pun sampai kepada darjat ijtihad dalam bidang hadith, yang lebih mudah daripada bidang ijtihad. Disebabkan mereka tidak mampu menentukan kedudukan sesebuah hadith sebagai sahih, hasan, dhaif dan maudhu’ maka mereka terpaksa bergantung kepada Al-Albani, Ibn Taimiyah dan Ibn Al-Jauzi.
Mereka enggan menuruti ijtihad mana-mana imam dengan melaungkan slogan ingin mengikut Al-Quran dan As-Sunnah.
Yang anehnya bidang hadith yang mudah itu mereka mengikut imam pula, manakala bidang ijtihad yang lebih rumit daripada bidang hadith pula mereka tidak mahu mengikut imam, sambil menonjol diri seolah-olah pandai berijtihad.
Siapakah mujtahid yang sebenar? Imam empat mazhabkah atau anda? Sila semak melalui risalah ini. InsyaAllah persoalan tersebut akan terjawab.
Reviews
There are no reviews yet.